Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki ditangkap tinggalkan beg terbiar di Stesen MRT Aljunied

Siasatan awal menunjukkan kedua-dua lelaki itu sengaja meninggal beg-beg mereka di kawasan itu sementera mereka ke tandas.

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki ditangkap tinggalkan beg terbiar di Stesen MRT Aljunied

Gari dimiliki seorang pegawai polis. (Gambar: AFP/Rodrigo Arangua)

Diterbitkan : 26 May 2017 11:20PM Dikemas Kini : 26 May 2017 11:22PM

SINGAPURA: Dua lelaki ditangkap kerana mencetuskan kecemasan awam dengan meninggalkan beg-beg mereka terbiar di Stesen MRT Aljunied, menurut pihak polis hari ini (26 Mei).

Dalam satu kenyataan media, polis menyatakan pihaknya dimaklumkan pada 9.52 pagi mengenai tiga beg yang ditinggalkan terbiar di Stesen MRT Aljunied.

Para pegawai Divisyen Polis Bedok dan Kawalan Keselamatan Pengangkutan Awam, dengan bantuan kakitangan SMRT, mengesan dan menahan para pemilik beg-beg itu di stesen berkenaan sekitar 10.15 pagi.

Dua lelaki, berusia 25 dan 27 tahun, ditangkap atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam, tambah polis.

Ketiga-tiga beg kemudian didapati hanya mengandungi makanan dan barangan dapur.

Siasatan awal menunjukkan kedua-dua lelaki itu sengaja meninggal beg-beg mereka di kawasan itu sementera mereka ke tandas.

Siasatn polis sedang dijalankan.

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan