Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki ditangkap dek tipu tiket konsert Coldplay

Dua lelaki diberkas kerana disyaki menipu beberapa orang mangsa dengan menjual tiket konsert Coldplay secara haram, menurut polis pada Rabu (29 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki ditangkap dek tipu tiket konsert Coldplay

Chris Martin, penyanyi utama kugiran Coldplay. (Gambar: REUTERS/Mike Blake)

Diterbitkan : 29 Mar 2017 05:50PM Dikemas Kini : 29 Mar 2017 05:52PM

SINGAPURA: Dua lelaki diberkas kerana disyaki menipu beberapa orang mangsa dengan menjual tiket konsert Coldplay secara haram, menurut polis pada Rabu (29 Mac).

Polis menerima beberapa aduan antara 10 hingga 23 Mac daripada beberapa mangsa yang ditipu setelah mereka membeli tiket-tiket itu di Carousell.

Mereka ternampak senarai Carousell yang menjual tiket pada harga lebih murah, tetapi tidak menerima tiket-tiket tersebut setelah memindahkan wang kepada penjual berkenaan, menurut polis dalam kenyataan media.

Penjual berkenaan juga tidak dapat dihubungi selepas itu, menurut mereka. Kugiran Britain tersebut dijadualkan membuat persembahan pada 31 Mac dan 1 April.

Setelah siasatan dijalankan, para pegawai menangkap dua lelaki yang berusia 22 dan 27 tahun, pada Isnin, dedah polis.

Sesiapa yang didapati bersalah atas kesalahan menipu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan