Images
  • MND
    Gambar fail pekerja penyenggaraan lif. (Gambar: Justin Ong)

2 kumpulan kerja akan dibentuk bagi teliti industri lif, tangga bergerak

SINGAPURA: Dua buah kumpulan kerja akan dibentuk oleh sebuah jawatankuasa yang meneliti industri lif dan tangga bergerak.

Ia bagi memastikan penyaluran tenaga kerja berdaya kekal dalam industri itu untuk menyokong kerja-kerja penyenggaraan.

Pengerusi bersama jawatankuasa itu, Melvin Yong, berkata demikian di laman Facebook beliau, hari ini (20 Mac).

Kumpulan pertama akan meneliti pembangunan serta peningkatan kerjaya bagi para karyawan lif dan tangga bergerak.

Menurut Jawatankuasa Tiga Pihak Sektor Lif dan Tangga Bergerak,selain latihan berstruktur dan rangka kerja peningkatan, industri tersebut memerlukan struktur gaji lebih baik bagi kakitangan profesionalnya.

Kumpulan kerja kedua akan beri tumpuan kepada penjenamaan semula golongan profesional lif dan tangga bergerak agar mempunyai lebih daya tarikan serta stabil.

- CNA/nd

Top