Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 khidmat bas baru dilancarkan dengan pembukaan Tuas West Extension

LTA: Dua khidmat bas baru akan dilancarkan apabila Tuas West Extension di Laluan EWL mula beroperasi pada 18 Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
2 khidmat bas baru dilancarkan dengan pembukaan Tuas West Extension

Gambar fail pertukaran bas di Singapura.

Diterbitkan : 23 May 2017 12:37PM Dikemas Kini : 23 May 2017 12:42PM

SINGAPURA: Dua khidmat bas baru akan dilancarkan apabila Tuas West Extension di Laluan Timur-Barat (EWL) mula beroperasi pada 18 Jun, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.

Khidmat bas 247 akan beroperasi dari Terminal Bas Tuas dan akan melakukan perjalanan ke Tuas Crescent dan Tuas Biomedical Park I, dan stesen Tuas Link.

Khidmat bas 248 pula akan melakukan perjalanan ke Tuas Biomedical Park II, dan boleh digunakan oleh para penumpang yang berpindah dari MRT di stesen-stesen Tuas West Road dan Tuas Link.

Menurut LTA, laluan dua khidmat bas yang sedia ada di kawasan itu - iaitu khidmat bas 254 dan 192 - akan diubah, mengambil kira laluan khidmat bas yang baru. Khidmat bas 256 dan 258 juga akan digabungkan sebagai khidmat bas 258.

Maklumat mengenai khidmat bas baru, yang diubah atau yang masih disediakan di kawasan itu tetap akan disediakan di perhentian bas yang terjejas, pusat pertukaran bas, di dalam bas dan juga menerusi laman LTA dan SBS Transit.

Gul Circle, Tuas Cresent, Tuas West Road dan Tuas Link membentuk laluan lanjutan sejauh 7.5 kilometer menjangkaui Joo Koon, stesen MRT terakhir di EWL.

Tuas West Extension dijangka memanfaatkan 100,000 penumpang setiap hari. Tempoh perjalanan bagi mereka yang bekerja di estet perindustrian Jurong dan Tuas boleh dikurangkan hampir 35 minit bagi penumpang yang ingin ke Tuas West dari Ang Mo Kio - kerana mereka tidak lagi perlu bertukar bas.

TWE pada awalnya dijadual dibuka pada hujung tahun lalu, tetapi ditunda pelancarannya kerana sistem isyarat baru yang digunakan - sama seperti yang digunakan di Laluan Utara-Selatan (NSL) - perlu menjalani beberapa ujian bagi memastikan keutuhannya.

Projek ini merangkumi pembinaan Jejambat Tuas, yang dibuka pada 18 Februari, serta sebuah depot seluas 26 hektar yang menyediakan kemudahan penyenggaraan untuk sebanyak 60 kereta api. 

Sumber : Today/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan