Images
  • zika
    Gambar fail seorang pekerja menjalankan kerja-kerja penyemburan asap. (Gambar: REUTERS/Edgar Su/File Photo)

2 kes Zika disahkan di Glasgow Road di Kovan

SINGAPURA: Dua kes jangkitan tempatan virus Zika disahkan di kawasan Glasgow Road berhampiran Kovan, menurut Agensi Sekitaran Negara (NEA) pada Khamis (20 Apr).

Kedua-dua kes itu melibatkan para penduduk di kawasan tersebut, dedahnya.

NEA menyatakan ia dimaklumkan mengenai kelompok tersebut pada Khamis dan sudah memulakan operasi kawalan nyamuk dan usaha bantuan di kawasan kelompok berkenaan.

Ia menggesa para penduduk untuk terus berjaga-jaga dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk, kerana kes-kes asimptomatik atau tidak serius, dan tidak didiagnosis, masih boleh berlaku.

Kes-kes sedemikian juga dapat menyebabkan penularan lanjut virus itu jika terdapat banyak nyamuk di pekarangan tersebut.

Satu lagi kes turut disahkan di Poh Huat Road West, menurut NEA, yang memperluaskan kelompok asal di kawasan Poh Huat Terrace dan Terrasse Lane. Dua kes juga disahkan di kelompok tersebut pada 11 April.

Setakat ini, hanya dua kes yang dilaporkan di kelompok Flower Road dan Hendry Close, menurut agensi berkenaan.

NEA mendedahkan bahawa ia masih meneruskan operasi kawalan nyamuk di kawasan kelompok Flower Road, Hendry Close dan Poh Huat Road West.

- CNA/im

Top