Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 kes baru Zika di Kensington Park Drive di Serangoon

Kelompok baru Zika dikesan di Kensington Park Drive di Serangoon, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Rabu (21 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
2 kes baru Zika di Kensington Park Drive di Serangoon

Seorang relawan menampalkan poster mengenai virus Zika. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 Jun 2017 10:05PM Dikemas Kini : 21 Jun 2017 10:07PM

SINGAPURA: Kelompok baru Zika dikesan di Kensington Park Drive di Serangoon, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Rabu (21 Jun).

Kedua-dua kes melibatkan penduduk di kawasan yang sama.

Kelompok terbaru dikelilingi Serangoon North Avenue 1, Kensington Pak Drive dan Worthing Road dengan Kensington Park Condominium di tengah kelompok itu.

Ini juga merupakan 1 kilometer dari kelompok yang sebelum ini dikesan di merata Yio Chu Kang Road di Parry Avenue, daerah Glasgow Road dan Poh Huat Road.

Penduduk di kelompok yang terjejas mengenai kes Zika yang baru pada Rabu dan NEA sudahpun menjalankan operasi kawalan vektor di kawasan tersebut.

Menurut NEA, mendekati masyarakat oleh para pegawainya dan sukarelawan akar umbi akan bermula di sekitar Kensington Park Drive.

Penduduk dinasihatkan supaya menggunakan ubat penghalau serangga sebagai langkah berjaga-jaga, dan membenarkan pegawai NEA menjalankan pemeriksaan dan penyemburan di dalam rumah mereka.

Menurut laman web NEA, kelompok Zika sebelum ini berlaku di Parry Avenue, dan dilaporkan pada 9 Jun.

Kes terbaru itu membawa jumlah kes Zika di Singapura kepada 39 bagi tahun 2017 ini. 

Sumber : Today/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan