Images
  • marsiling lane
    Petikan skrin Marsiling Lane. (Gambar: Google Maps)

2 insiden kematian di Marsiling Lane dalam masa 2 jam

SINGAPURA: Dua orang ditemui mati dalam masa dua jam di Marsiling Lane pada awal pagi Khamis (18 Mei).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura dimaklumkan tentang insiden pertama itu pada 1.40 pagi, di mana seorang lelaki rakyat Singapura berusia 59 tahun, Ang Poh Hwa, dijumpai mati di kaki Blok 17.

Beliau disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di tempat kejadian.

Pada 3.30 pagi pula, SCDF dimaklumkan tentang insiden kedua, di mana mayat seorang wanita berusia 31 tahun ditemui di sebuah flat berhampiran di Blok 16.

Beliau juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mediacorp difahamkan bahawa lantai unit tersebut mempunyai kesan darah.

Wanita berkenaan dipercayai seorang warga asing. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua insiden itu bersangkut-paut.

Polis menyifatkan kedua-dua kes itu sebagai kematian luar biasa dan siasatan masih diteruskan.

- TODAY/im

Top
>