Images
  • dredger
    Kapal pengaut JBB De Rong 19 yang berdaftar di Dominica, separuh tenggelam. (Gambar: Brandon Tanoto)

2 daripada 5 orang yang hilang pada pelanggaran kapal tangki dijumpai

SINGAPURA: Para penyelam menemui mayat dua daripada lima kakitangan yang hilang selepas sebuah kapal tangki berlanggar dengan sebuah kapal pengaut di perairan Singapura dekat Pulau Subar menjelang 1.00 pagi tadi.

Kapal tangki tersebut, Kartika Segara, berdaftar di Indonesia manakala kapal korek yang terbabit, JBB De Rong berdaftar di Dominica.

Akibat perlanggaran itu kapal pengaut JBB De Rong 19 yang berdaftar di Dominica, separuh tenggelam.

Sepanjang kira-kira 100 meter dan lebar 20 meter, kapal tersebut digunakan untuk mengaut tanah, pasir atau batu kerikil di dasar laut.

Kapal ini sudah ditunda ke kawasan berhampiran Pulau Senang.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menyatakan lima orang yang hilang adalah para pekerja kapal ini.

Begitu juga dengan tujuh orang yang cedera dan dihantar ke Hospital SGH.

Kesemua 12 pekerja itu terdiri daripada 11 rakyat China dan seorang lelaki Malaysia.

Kapal tangki Kartika Segara ini pula mengalami kerosakan akibat perlanggaran itu tetapi kesemua 26 kelasinya rakyat Indonesia, tidak cedera.

Kartika Segara kini berada berhampiran Pulau Kusu.

Selain pihak MPA, gerakan mencari lima kelasi yang masih hilang melibatkan juga Polis Pengawal Pantai, tentera laut dan Pasukan Pertahanan Awam.

- CNA/MA/ur

Top