Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

190 pengguna ujian online kencing manis terima keputusan salah ekoran 'kesilapan sofwe'

Sekitar 190 individu menerima keputusan tidak tepat selepas menyelesaikan tinjauan online yang menilai sama ada mereka berisiko menghidap kencing manis, menurut Lembaga Penggalakan Kesihatan pada Jumaat (22 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
190 pengguna ujian online kencing manis terima keputusan salah ekoran 'kesilapan sofwe'

Petikan skrin dari tinjauan DRA.

Diterbitkan : 22 Sep 2017 10:34PM Dikemas Kini : 22 Sep 2017 10:36PM

SINGAPURA: Sekitar 190 individu menerima keputusan tidak tepat selepas menyelesaikan tinjauan online yang menilai sama ada mereka berisiko menghidap kencing manis, menurut Lembaga Penggalakan Kesihatan pada Jumaat (22 Sep).

Mereka yang terjejas menerima markah risiko Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang salah, dan disifatkan "tidak berisiko" menghidap kencing manis.

HPB menyatakan kesilapan itu disebabkan oleh "kesilapan sofwe" dalam alat Penilaian Risiko Kencing Manis, yang dilancarkan pada 1 September. Ia sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran masalah kesihatan yang kian meruncing dan mendapatkan lebih ramai orang untuk dikesan awal.

190 pengguna yang terjejas itu adalah dalam kalangan 33,000 individu yang menyelesaikan penilaian itu, dedah HPB, sambil menyatakan bahawa kesilapan itu dipulihkan pada 20 September pada 1.00 tengah hari.

"Kami sudah menjalankan perubahan terperinci lebih lanjut sejak itu. Kami meminta maaf secara jujur atas sebarang kesulitan yang berlaku," dedah HPB dalam kenyataan medianya.

"Kami sudah menghubungi beberapa pengguna terjejas yang sudah memberikan butiran mereka untuk dihubungi bagi menasihati mereka untuk mengambil semula Penilaian Risiko Kencing Manis. Kami juga menggalakkan para pengguna lain yang prihatin tentang keputusan mereka untuk membuat semula penilaian tersebut.

Alat penilaian sendiri online itu, yang boleh digunakan secara percuma, menilai maklumat seperti jantina, sejarah kencing manis dalam keluarga dan BMI. Jika keputusan itu menunjukkan bahawa seseorang individu mempunyai risiko kencing manis, mereka akan dapat memanfaatkan subsidi HPB untuk menjalankan pemeriksaan penuh pada harga S$5.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan