Images
  • crime gen
    Gambar fail seseorang digari. (Gambar/TODAY)

19 orang ditangkap dalam operasi antimaksiat di kawasan timur-laut S'pura

SINGAPURA: 14 lelaki dan lima orang wanita ditangkap dalam satu operasi yang dijalankan di kawasan timur-laut Singapura dalam satu operasi terhadap pelacur-pelacur yang beroperasi daripada kawasan perumahan, penyalahgunaan dadah, serta sarang perjudian di sebuah pusat makanan.

Dalam satu operasi yang berjalan selama 20 jam pada hari Isnin dan Selasa, para pegawai menjalankan pemeriksaan di rumah-rumah di Ang Mo Kio, Hougang, Yishun, Sengkang, Serangoon dan Yio Chu Kang, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan media pada Rabu (13 Sep).

Pemeriksaan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha-usaha yang sedang dijalankan bagi mengawal aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang di kawasan tersebut, tambah agensi-agensi tersebut.

Lima lelaki dan seorang wanita ditangkap kerana kesalahan berkaitan dengan dadah.

Empat wanita turut ditangkap kerana dipercayai menyiarkan khidmat-khidmat seksual secara online dan menjalankan operasi daripada kawasan perumahan.

Para pegawai juga memecahkan sarang perjudian yang beroperasi di sebuah pusat makanan dan menangkap sembilan lelaki.

Tambahan daripada itu, dua cawangan yang memberikan khidmat urut turut dijumpai melanggar syarat pelesenan. Satu daripada cawangan tersebut didapati melanggar peraturan-peraturan keselamatan kebakaran, menurut pihak berkuasa.

Siasatan terhadap suspek-suspek masih lagi berjalan. 

- CNA/UR/ur

Top