Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

16 dicekup kerana tipu bank lebih S$189,000

Sebelas lelaki dan lima wanita ditangkap kerana disyaki terbabit dalam pemohonan palsu bagi pinjaman bank  melibatkan lebih S$189,000.

Anggaran Waktu Membaca:
16 dicekup kerana tipu bank lebih S$189,000

Barang-barang yang dirampas sewaktu operasi selama tiga hari itu. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 27 Feb 2017 02:57PM Dikemas Kini : 27 Feb 2017 03:00PM

SINGAPURA: Sebelas lelaki dan lima wanita ditangkap kerana disyaki terbabit dalam pemohonan palsu bagi pinjaman bank melibatkan lebih S$189,000.

Dalam kenyataan media pada Isnin (27 Feb), polis menyatakan bahawa ia sudah menerima aduan dari sebuah bank tentang pemohonan pinjaman dari beberapa individu yang memberikan maklumat palsu tentang pendapatan tahunan mereka pada awal Februari.

Setelah mendapat wang pinjaman tersebut, para pemohon itu tidak membuat bayaran bagi pinjaman tersebut dan tidak lagi dapat dihubungi.

Siasatan menunjukkan bahawa suspek-suspek berkenaan menggunakan surat-surat pengambilan kerja palsu yang digunakan untuk menyokong pemohonan bagi pinjaman tersebut, dedah polis, sambil menambah bahawa jumlah yang ditipu itu melebihi S$189,000.

Polis melancarkan operasi selama tiga hari dari 22 hingga 24 Februari, di mana para pegawai melancarkan serbuan secara serentak di merata negara, termasuk lokasi-lokasi seperti Changi, Simei, Tampines, Sims Avenue, Buangkok Green, Ang Mo Kio, Toa Payoh, Yung Kuang, Telok Ayer, Chin Swee Road, Bukit Merah dan Tuas.

Seramai 16 suspek yang berusia antara 24 hingga 56 tahun, diberkas dalam operasi tersebut.

Siasatan masih dijalankan. Jika sabit kesalahan, para suspek boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan