Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

15 usahawan makanan halal S'pura ganding bahu bantu pesakit barah payu dara

Demi memberi sokongan terhadap para pesakit barah payu dara, lebih daripada 15 usahawan makanan halal tempatan akan terlibat dalam satu jualan amal yang diadakan Ahad ini (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Demi memberi sokongan terhadap para pesakit barah payu dara, lebih daripada 15 usahawan makanan halal tempatan akan terlibat dalam satu jualan amal yang diadakan Ahad ini (15 Okt).

Antara yang turut serta termasuklah nasi lemak Lawa Bintang, WowBurg, Churros Temptations, FRIEZ, Julie Bakes dan My Awesome Cake.

50 peratus daripada hasil penjualan mereka akan disumbangkan kepada pesakit barah payu dara.

Acara itu akan dihoskan oleh balu Presiden Yusof Ishak, iaitu Puan Noor Aishah di rumahnya sendiri.

KEHILANGAN ANAK SAUDARA, TEKAD BANTU PESAKIT BARAH PAYU DARA

Pemergian anak saudara Cik Juliana Jahayer akibat barah payu dara bulan lalu, meninggalkan kesan mendalam buat dirinya.

Sejak itu, beliau bertekad untuk membantu para pesakit barah payu dara.

Dengan platform yang disediakan oleh inisiatif sosial, 'Halal Good Do Good', Cik Juliana merebut 'peluang keemasan' ini.

Diberi nama #15AgainstCancer, 'Halal Goods Do Good' bekerjasama dengan “Free Food For All” (FFFA) dan “Project Goodwill Aid” (PGA) bagi menjalankan jualan amal bersama 15 usahawan makanan halal tempatan bagi membantu pesakit barah payu dara.

ACARA AMAL DIANJURKAN BERSEMPENA BULAN KESEDARAN BARAH PAYU DARA

"Setidak-tidaknya kami dapat menyumbangkan tenaga kami dengan hasil penjualan untuk charity bake sale ini, projek ini." kongsi Cik Juliana Jahayer, pemilik Julie Bakes.

"Sempena bulan kesedaran penyakit barah pada bulan ini, kami berganding bahu membantu mereka.

Melalui usaha ini, kami berharap bantuan kami dapat membantu mereka dari segi menyara kos hidup mereka serta kos perubatan barah mereka." kata Encik Jamil yang juga merupakan pengasas 'Halal Goods Do Good'.

#15AgainstCancer berharap dapat mengumpulkan S$6,000 dalam membantu sekitar 20 keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi barah payu dara.

PERLU LEBIH BANYAK SOKONGAN MASYARAT

Namun begitu, Encik Jamil berkongsi setakat ini, respons daripada masyarakat awam tidak begitu memberangsangkan.

"Setakat ini kami dapat sokongan daripada dalam 50 orang dalam menyokong acara ini, kami mengharapkan untuk mendapatkan 300 orang yang pada hari acara yang akan berlangsung pada hari Ahad ini 15 Oktober," tambah Encik Jamil.

"Dengan dana ini, kami berharap dapat sekurang-kurangnya meringankan beban, khususnya ibu-ibu tunggal yang mempunyai anak-anak yang kecil, dengan membantu mereka dalam menangani masalah kewangan." kata Cik Julie.

KHIDMAT PENGHANTARAN JUGA DISEDIAKAN

#15AgainstCancer, akan berlangsung daripada jam 12.00 tengahari hingga ke 6.00 petang, di pekarangan rumah Puan Noor Aishah, di 15 Jalan Buloh Perindu.

Bagi mereka yang berminat untuk memberikan bantuan tetapi tidak dapat 'turun padang', boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran SayaDeliver.sg.

Halal Goods Do Goods turut bercadang untuk menganjurkan acara amal pada hujung tahun ini bagi membantu keluarga yang menghadapi kesulitan dalam persiapan persekolahan anak mereka.

Berikut adalah senarai penuh perniagaan yang menyertai inisiatif ini:

1.My Awesome Cakes
2.Bake Bootique by Rosdiana
3.Black Boys Cubanos
4.Bloomadore Bakes by Sharifah Baizura
5.Serabai Warisan by Churros Temptations
6.Dhia’sEnterprise
7.Fleur Cafe
8.FRIEZ
9.HalalLactationSGbyFatimahImran
10.Julie Bakes
11.Lawa Bintang
12.Mas Delightz
13.Munchies by Maszah
14.Sofia’s ZuckerBackerei
15.Wowburg

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan