Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

15 tapak dilancar bagi separuh pertama 2018 Program Penjualan Tanah Pemerintah

Sebanyak enam bidang tanah di bawah senarai yang disahkan dan sembilan lagi di bawah senarai simpanan akan dilancarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Dec 2017 11:26AM Dikemas Kini : 13 Dec 2017 10:53PM

SINGAPURA: Sebanyak enam bidang tanah di bawah senarai yang disahkan dan sembilan lagi di bawah senarai simpanan akan dilancarkan sebagai sebahagian daripada Program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) untuk separuh pertama bagi tahun 2018, menurut pemerintah dalam satu kenyataan media hari ini (13 Dis).

Tapak-tapak tersebut boleh menempatkan sekitar 8,045 unit perumahan privet dengan ruang komersil seluas 63,960 meter persegi.

Kenam-enam tapak di bawah senarai yang disahkan itu merupakan tapak perumahan privet termasuk sebuah tapak kondominium eksekutif (EC) yang boleh menampung 2,775 unit rumah privet (termasuk 450 unit EC) dan ruang komersil seluas 4,450 meter persegi.

Senarai Simpanan pula merangkumi lapan tapak perumahan privet (termasuk dua tapak EC) dan satu tapak komersil.

Tapak-tapak tersebut boleh menempatkan 5,270 unit rumah privet (termasuk 1,255 unit EC) dan ruang komersil seluas 59,510 meter persegi yang sebahagian besarnya untuk kegunaan pejabat.

Tapak perumahan dalam senarai yang disahkan termasuk Silat Avenue, Cruscaden Road dan sebuah tapak EC di Canberra Link manakala tapak perumahan dalam senarai simpanan termasuk tapak-tapak di Canberra Drive dan dua lagi tapak EC di Tampines Avenue 10 dan Anchorvale Crescent.

Senarai Simpanan Program GLS bagi separuh kedua 2018 juga akan merangkumi sebuah tapak komersil di Woodlands Square untuk bangunan serba guna, kebanyakan daripadanya untuk kegunaan pejabat.

Tujuh tapak - enam tapak perumahan dan satu tapak komersil - kekal dalam Senarai Simpanan Program GLS bagi separuh kedua 2017 dan akan dipindahkan ke Program GLS bagi separuh pertama 2018. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan