Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

15 orang diberkas dalam operasi bersama SPF, ICA

Seramai 14 lelaki dan seorang wanita, yang berusia antara 30 hingga 51 tahun, ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian pada Sabtu (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
15 orang diberkas dalam operasi bersama SPF, ICA

Gambar mereka yang diberkas dalam serbuan polis. (Gambar: CNA)

SINGAPURA: Seramai 14 lelaki dan seorang wanita, yang berusia antara 30 hingga 51 tahun, ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian pada Sabtu (18 Nov).

Daripada 15 yang ditangkap, seorang lelaki turut diberkas atas kesalahan imigresen.

Demikian menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (19 Nov).

Para pegawai polis dari Divisyen Polis Bedok dan ICA memberkas kesemua 15 suspek, termasuk seorang penyewa apartmen privet di Lorong 30 Geylang dalam operasi bersama itu.

Wang tunai sebanyak S$2,302 dan peralatan judi turut dirampas. Siasatan masih dijalankan.

Pegawai Pemerintah (CO) Pusat Polis Kejiranan Geylang, Superintenden Ben Kwok berkata: "Operasi bersama ini yang diterajui pihak polis adalah usaha penguatkuasaan yang berterusan bagi membanteras kegiatan haram di Geylang."

Tegasnya lagi: "Kami akan terus bekerjasama dengan pertubuhan lain untuk membasmi kegiatan jenayah. Penjenayah akan didakwa mengikut undang-undang."

Pemilik/penghuni yang didapati bersalah menggunakan kediaman mereka sebagai tempat perjudian di bawah Seksyen 4(1) (a) Akta Rumah Perjudian, Bab 49, boleh didenda tidak kurang daripada S$5,000 dan tidak melebihi S$50,000 dan dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Sesiapa yang terlibat dalam penjudian haram di bawah Sekseyn 7 Akta yang sama boleh didenda sehingga S$5,000 atau dipenjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Di bawah Akta Imigresen (Bab 133), hukuman terhadap pendatang haram atau menetap melebihi tempoh yang ditetapkan boleh dipenjara sehingga enam bulan dan disebat sekurang-kurangnya tiga kali.

Sementara itu, hukuman terhadap mereka yang meninggalkan negara ini secara haram adalah denda sehingga S$2,000, hukuman penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.  

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan