Images
  • kaki bukit raid
    Tiga daripada 13 warga asing yang ditangkap adalah wanita. (Gambar: SPF)

13 dicekup kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran di Kaki Bukit

SINGAPURA: Seramai 10 lelaki dan tiga wanita ditangkap di kawasan hutan di Kaki Bukit pada Rabu (19 Apr) menyusuli operasi tiga jam, menurut polis dalam kenyataan media pada Khamis.

Suspek-suspek berkenaan dipercayai bersembunyi dalam hutan bagi menjalankan kegiatan pelacuran, menurut polis.

Kesemua 13 suspek itu adalah warga asing, dan diberkas atas kesalahan menceroboh tanah hak milik negara dengan sengaja, kesalahan di bawah Piagam Wanita, disyaki menyalahgunakan dadah terlarang, atau bagi kesalahan di bawah Akta Imigresen, dedah polis.

Jika didapati bersalah kerana menceroboh, suspek-suspek itu boleh didenda sehingga S$1,000.

Siasatan polis masih dijalankan.

- CNA/im

Top
>