Images
  • accident
    (Gambar: Petikan skrin dari video)

12 kenderaan terlibat dalam nahas berantai di PIE

SINGAPURA: Kemalangan yang membabitkan 12 kenderaan menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada Isnin (13 Nov) semasa waktu sibuk sebelah pagi.

Sebuah van, teksi, lima motosikal dan lima kereta terlibat dalam perlanggaran di PIE menghala ke Lapangan Terbang Changi berhampiran laluan keluar Lornie Road pada sekitar 7.10 pagi, menurut polis.

Mediacorp difahamkan pemandu van tersebut - kenderaan pertama bagi nahas berantai itu - menekan brek secara mendadak, menyebabkan kenderaan-kenderaan lain tidak sempat berhenti.

Accident along PIE toward changi.

Posted by 马志 强 on Sunday, 12 November 2017

Pengguna Facebook Ma Zhiqiang merakam keadaan di tempat kejadian itu beberapa minit selepas insiden berkenaan, yang turut menunjukkan beberapa motosikal di tengah-tengah jalan raya dan kereta-kereta yang berderet di ekspreswe tersebut.

Para pengguna Twitter mengadu masih terdapat kesesakan lebih sejam selepas nahas itu berlaku, sementara Penguasa Pengangkutan Darat menulis dalam catatan di Twitter mengenai kesesakan lalu lintas pada sekitar 9.30 pagi.

Polis mendedahkan tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan masih diteruskan.

- CNA/IM/im

Top