Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

119 dicekup dalam serbuan ke atas pusat hiburan, rumah urut

Sejumlah 119 suspek ditangkap sepanjang bulan lalu dalam serbuan ke atas pusat-pusat hiburan dan rumah-rumah urut, menurut Pasukan Polis Singapura pada Rabu (19 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
119 dicekup dalam serbuan ke atas pusat hiburan, rumah urut

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 20 Apr 2017 05:12PM Dikemas Kini : 20 Apr 2017 05:14PM

SINGAPURA: Sejumlah 119 suspek ditangkap sepanjang bulan lalu dalam serbuan ke atas pusat-pusat hiburan dan rumah-rumah urut, menurut Pasukan Polis Singapura pada Rabu (19 Apr).

Kebanyakan suspek ditahan atas kesalahan yang berkaitan dengan pengambilan pekerja dan menjadi anggota kumpulan haram, menurut polis.

54 daripada pusat hiburan dan rumah urut yang disasarkan, didapati melanggar peraturan pelesenan.

Operasi merata negara itu, yang dijalankan dari 17 Mac hingga 16 April, dilancarkan dengan sokongan daripada para pegawai Biro Narkotik Pusat dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). Beberapa pusat hiburan juga sudah diberi notis berhubung kesalahan keselamatan kebakaran.

Dalam tempoh yang sama, Polis Trafik menyatakan pihaknya menangkap 13 pemandu atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Siasatan terhadap semua suspek masih dijalankan.

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan