Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

116 dicekup dalam 6 hari atas kesalahan pelacuran, judi, kerja haram

Seramai 116 orang ditangkap atas kesalahan maksiat, berjudi atau mengambil pekerja secara haram dalam operasi polis selama enam hari yang berakhir pada Isnin (20 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
116 dicekup dalam 6 hari atas kesalahan pelacuran, judi, kerja haram

Gambar fail seorang wanita ditahan di sebuah pusat hiburan awam. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 21 Mar 2017 08:11AM Dikemas Kini : 21 Mar 2017 08:17AM

SINGAPURA: Seramai 116 orang ditangkap atas kesalahan maksiat, berjudi atau mengambil pekerja secara haram dalam operasi polis selama enam hari yang berakhir pada Isnin (20 Mac).

Suspek-suspek tersebut - yang merangkumi 63 wanita dan 53 lelaki - diberkas dalam serbuan dan pemeriksaan di pusat-pusat hiburan awam, rumah-rumah urut dan unit-unit perumahan di Beach Road, Boat Quay, Chinatown, Kallang Bahru, Jalan Besar, Jalan Sultan, Central Mall dan Little India, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Siasatan terhadap suspek-suspek berkenaan masih dijalankan.

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan