Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

11 keretakan ditemui pada struktur di jejambat Upper Changi yang runtuh

Keretakan dikesan pada sesangga di 11 lagi bahagian jejambat di Upper Changi Road East, yang runtuh pada Jumaat lalu ketika dibina.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jul 2017 08:01PM Dikemas Kini : 21 Jul 2017 09:54PM

SINGAPURA: Keretakan dikesan pada sesangga di 11 lagi bahagian jejambat di Upper Changi Road East, yang runtuh pada Jumaat lalu ketika dibina.

Menulis di laman facebook, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan sebagai langkah berjaga-jaga, semua bahagian di mana berlaku keretakan-keretakan itu akan diberi sokongan tambahan.

Pihaknya juga sedang menyiasat keadaan serta punca keretakan itu.

Dalam pada itu, saudara mara pekerja yang maut dalam kejadian tersebut datang ke rumah mayat pagi tadi. Warga China, Chen Yinchuan di kalangan 11 pekerja yang berada di atas jejambat separuh siap itu apabila ia tiba-tiba runtuh.

Semalam, kontraktor projek itu, Or Kim Peow berkata enam daripada saudara mara mendiang Chen sedang dalam perjalanan ke Singapura.

10 pekerja lain cedera, termasuk seorang lagi pekerja warga China, Gao Li Qin, yang dimasukkan ke dalam unit jagaan rapi.

Kontraktor tersebut menyatakan, keadaan pekerja berusia 49 tahun itu semakin teruk dan dua saudara mara Encik Gao sudahpun tiba di Singapura pagi semalam.

Menurut kontraktor itu lagi, pihaknya akan memberikan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan saudara mara kedua-dua pekerja itu
 

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan