Images
  • clarke quay
    Gambar fail Clarke Quay. (Gambar: Calvin Hui Yi Kai)

10 remaja ditahan kerana cuba tipu untuk masuk kelab malam seperti Zouk, Get Juiced

SINGAPURA: 10 orang remaja berumur antara 17 dan 19 tahun kini menjalani siasatan polis kerana menggunakan setem masuk palsu untuk memasuki dua kelab malam.

Polis menerima tiga laporan tentang remaja yang mencuba memasuki kelab malam dengan setem masuk palsu dan tanpa membuat sebarang pembayaran, antara bulan Ogos dan September tahun ini.

Mediacorp difahamkan kelab malam yang dimaksudkan adalah kelab malam Zouk yang terkenal dan kelab 'Get Juiced' yang baru dibuka di River Valley Road. Dalam satu kes, siasatan awal menunjukkan setem masuk dibuat secara haram, dijual dan digunakan.

Dalam dua kes lain, suspek yang mempunyai setem asli di kulitnya 'berkongsi' dengan suspek lain dengan 'memindahkan' cap setem itu kepada suspek lain dengan cara menyentuh kulit antara satu sama lain.

Siasatan polis masih dijalankan. Sesiapa yang didapati bersalah bagi perbuatan menipu ini boleh dipenjara sehingga 10 tahun maksimum dan/atau didenda, sementara sesiapa yang sengaja terlibat dalam kesalahan ini akan menghadapi hukuman yang sama.  

- TODAY/AQ/aq

Top