10,700 teksi tawar tambang dinamik mulai hari ini
Pilihan tambang dinamik teksi bermula tengah hari tadi (29 Mac).
SINGAPURA: Pilihan tambang dinamik teksi bermula tengah hari tadi (29 Mac).
Ia merupakan kaedah menetapkan tambang teksi ikut permintaan.
Buat pertama kalinya kira-kira 10,700 teksi menawarkan khidmat pilihan bayaran tambang dinamik itu.
Khidmat baru itu oleh aplikasi Grab menggabungkan juga kereta-kereta sewa yang menyertainya.
Ia diharap dapat menangani masalah mendapatkan teksi pada waktu-waktu sibuk.
Di bawah model dinamik itu, tambang ditetapkan sebelum penumpang membuat tempahan teksi.
Tambang akan naik apabila ada permintaan tinggi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.