Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1.57 juta rakyat S'pura bakal terima baucar GST, tokokan Medisave bernilai S$1.2 bilion

Sekitar 1.57 juta rakyat Singapura yang layak, bakal menerima baucar GST dan tokokan Medisave bernilai S$1.2 bilion.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jun 2017 12:06PM Dikemas Kini : 27 Jun 2017 08:54PM

SINGAPURA: Sekitar 1.57 juta rakyat Singapura yang layak, bakal menerima baucar GST dan tokokan Medisave bernilai S$1.2 bilion.

Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan demikian hari ini.

Menurut kementerian itu, para penerima muda dengan nombor telefon bijak yang telah dikemaskini dengan SingPass akan dimaklumkan menerusi kiriman SMS.

Para penerima yang lain pula akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan.

Rakyat Singapura juga boleh melungsuri laman www.gstvoucher.gov.sg dengan menggunakan SingPass mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang baucar GST dan tokokan Medisave yang bakal diterima.

Sejumlah 1.37 juta rakyat Singapura akan menerima sehingga S$500 dalam bentuk wang tunai, dengan bayaran sehingga S$300 diagihkan pada Ogos ini dan satu lagi bayaran sekali saja pada bulan November.

Menurut MOF, pemerintah akan membelanjakan sebanyak S$680 juta bagi tujuan tersebut.

Sementara itu, sekitar 450 ribu rakyat Singapura yang berusia 65 tahun dan ke atas akan menerima tokokan Medisave sehingga S$450 pada bulan Ogos.

Bagi tujuan ini pula, pemerintah akan membelanjakan kira-kira S$130 juta.

Rakyat Singapura yang dilahirkan pada atau sebelum 31 Disember 1959 dan tidak menerima manfaat Pakej Generasi Perintis juga akan menerima tokokan Medisave sehingga S$200 pada tahun ini dan tahun depan.

Tokokan Medisave bagi tahun ini akan memanfaatkan sekitar 520 ribu rakyat Singapura, dan ia bernilai sekitar S$95 juta secara keseluruhannya.

Ia akan dimasukkan ke dalam akaun-akaun Medisave rakyat Singapura yang layak menerima tokokan tersebut pada Ogos ini.

Generasi perintis juga akan menerima tokokan Medisave PG antara S$200 dolar hingga S$800 pada bulan Julai. 

Sumber : CNA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan