Images
  • sim ann mercey relief
    Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Cik Sim Ann (tengah) bersama para peserta acara larian 'Ground Zero Run for Humanity'. (Gambar: Facebook/ Sim Ann 沈颖)

1,500 orang sertai larian kemanusian khas Mercy Relief

SINGAPURA: Satu larian diadakan bagi membantu orang ramai memahami cara kakitangan bantuan kecemasan beroperasi semasa bencana.

Seramai 1,500 peserta menyertai acara itu di Taman East Coast, pagi tadi (13 Ogos).

Mereka merupakan sebahagian daripada edisi ketiga gerakan "Ground Zero Run for Humanity."

Ia adalah satu larian bertemakan bantuan kemanusiaan yang dianjurkan agensi bantuan bencana Mercy Relief.

Para peserta mengambil bahagian dalam beberapa perlumbaan seperti Cabaran Bantuan 5 kilometer.

Mereka melalui simulasi perjalanan mengumpulkan bekalan sekiranya berlaku bencana alam.

Ada juga larian pecut 1 kilometer di mana pasukan-pasukan terdiri daripada ibu bapa dan anak perlu membawa pek bantuan kecemasan seberat 1 kilogram. 

- BERITAMediacorp/AA/ru

Top