Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1,000 relawan dalam tempoh 2 tahun sertai inisiatif rakamkan burung, serangga

Jumlah relawan yang menyertai satu inisiatif untuk merakamkan burung dan serangga yang dikesan di Singapura meningkat lebih dua kali ganda.

Anggaran Waktu Membaca:
1,000 relawan dalam tempoh 2 tahun sertai inisiatif rakamkan burung, serangga

Para murid melihat satu pameran burung. (Gambar: Facebook/NParks)

Diterbitkan : 25 Mar 2017 09:15PM Dikemas Kini : 25 Mar 2017 09:16PM

SINGAPURA: Jumlah relawan yang menyertai satu inisiatif untuk merakamkan burung dan serangga yang dikesan di Singapura meningkat lebih dua kali ganda.

Program yang dikendalikan Lembaga Taman Negara itu, menyaksikan lebih 1,000 peserta dalam tempoh dua tahun lalu, berbanding 400 ketika ia dimulakan pada 2015.

Sebilangan besar relawan adalah para pelajar dan anggota masyarakat yang cintakan alam sekitar.

Para penganjur merancang untuk meluaskan lagi inisiatif itu dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar semasa Minggu Biodiversiti pada Mei nanti.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan