Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Zizan sanggup 'merempit' demi Nasi Lemak Anak Dara untuk ibu

Nasi Lemak Anak Dara kini bukan sahaja menjadi viral di media sosial, tetapi nampaknya turut menjadi terkenal di kalangan selebriti Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Zizan sanggup 'merempit' demi Nasi Lemak Anak Dara untuk ibu

Zizan Razak bersama peniaga Nasi Lemak Anak Dara, Siti Hajjar Ahmad. (Gambar: Instagram/ Zizan Razak)

Diterbitkan : 15 Oct 2016 01:07PM Dikemas Kini : 15 Oct 2016 01:09PM

KUALA LUMPUR: Nasi Lemak Anak Dara kini bukan sahaja menjadi viral di media sosial, tetapi nampaknya turut menjadi terkenal di kalangan selebriti Malaysia.

Pelawak dan pelakon Zizan Razak mendedahkan di Instagramnya bahawa beliau sanggup 'merempit' dari Subang ke Shah Alam awal pagi semalam (14 Okt) semata-mata untuk membeli sebungkus nasi lemak yang diminta ibunya.

Beliau memuat naik gambarnya dengan topi keledar motosikal bersama peniaga Nasi Lemak Anak Dara, Siti Hajjar Ahmad, 24 tahun, di gerainya di Seksyen 7 Shah Alam.

Bercakap kepada Astro Gempak, Zizan berkata beliau keluar rumah seawal 7.30 pagi untuk ke Shah Alam dari Subang bagi mendapatkan nasi lemak untuk ibunya.

“Demi ibu, saya sanggup lakukan apa sahaja. Walaupun ia cuma sebungkus nasi lemak, perkara tersebut bukan perkara remeh bagi saya.

“Sebenarnya dari semalam saya cuba hubungi Siti Hajjar untuk mendapatkan nasi lemak tetapi hari ini baru boleh dapat sebab dia baru buka gerainya pagi tadi (semalam),” katanya kepada Astro Gempak.

Zizan juga melahirkan rasa terkejut melihat ramai pelanggan beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan Nasi Lemak Anak Dara, dan menambah memang ramai adalah pelanggan lelaki.

Menurut Astro Gempak, Zizan juga memuji semangat Cik Siti Hajjar yang gigih mencari pendapatan sendiri, apatah lagi ia bukan sesuatu yang biasa untuk melihat anak muda berniaga nasi lemak sekarang.

"Kepada Siti Hajjar, pekakkan telinga dengan kata-kata negatif orang.

“Rezeki kita Allah yang bagi, dengan usaha gigih yang ditonjolkan semoga perniagaan Siti Hajjar lebih maju pada masa akan datang,” kata Zizan seperti ditukil Astro Gempak.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan