Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

WhatsApp bakal bolehkan anda 'tarik balik' mesej tersalah hantar

Pernahkah anda mengirimkan pesanan WhatsApp kepada individu atau ke dalam perbualan kumpulan atau 'chat' yang salah dan ingin memadamnya?

Anggaran Waktu Membaca:
WhatsApp bakal bolehkan anda 'tarik balik' mesej tersalah hantar

Logo WhatsApp. (Gambar: AFP/Yasuyoshi Chiba)

Diterbitkan : 30 Oct 2017 01:46AM Dikemas Kini : 30 Oct 2017 01:49AM

BERITAMediacorp: Pernahkah anda mengirimkan pesanan WhatsApp kepada individu atau ke dalam perbualan kumpulan atau 'chat' yang salah dan ingin memadamnya?

Nampaknya tidak lama lagi aplikasi yang dimiliki oleh Facebook itu bakal melancarkan sepenuhnya ciri yang akan membolehkan lebih satu bilion penggunanya untuk memadam mesej yang secara tidak sengaja dikirimkan kepada individu atau ke dalam perbualan yang tidak sepatutnya, sebelum mereka dapat membacanya.

Buat masa ini, menurut laman Tech Crunch, ciri memadam mesej yang ada pada aplikasi berkenaan hanya setakat membolehkan penerima memadam mesej daripada pengirim. Ini bermakna, mesej yang tersilap dihantar itu masih dapat dibaca oleh individu lain.

Bagaimanapun, ciri itu sudah dikemas kini sekaligus memberi pilihan kepada pengirim untuk “memadam mesej yang sudah dihantar daripada dibaca oleh semua orang”, sekaligus menghapuskan mesej tersebut dari perbualan di WhatsApp.

Sebaliknya, penerima akan mendapat pemberitahuan yang menyatakan bahawa mesej sudah dipadam, menurut Tech Crunch.

Menurut laporan Tech Crunch lagi, setiap anggota dalam sesebuah perbualan kumpulan perlu mengemaskini aplikasi tersebut sebelum ciri baru itu boleh digunakan.

Ciri baru itu pastinya sesuatu yang sudah lama dinanti-nantikan oleh ramai pengguna WhatsApp.

Anda mungkin perlu menunggu sedikit waktu lagi sebelum dapat mencubanya, kerana ia belum dilancarkan sepenuhnya.  

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan