Images
  • Emma Morano
    Wanita tertua di dunia, Emma Morano, 116 tahun. (Gambar: Laman Guinness World Records)

Wanita tertua dunia, Emma Morano meninggal dunia pada usia 117

ROME: Wanita tertua di dunia, Emma Morano meninggal dunia semalam (15 Apr) pada usia 117 tahun.

Beliau dipercayai merupakan individu terakhir yang dilahirkan pada abad 1800an.

Dilahirkan pada 29 November 1899, hidupnya menjangkau tiga abad, dua perang dunia dan lebih daripada 90 pemerintah Itali.

Malah Rekod Guinness Dunia pernah mengesahkan, Morano yang berasal dari Verbania, Itali sebagai manusia paling tua di dunia.

Semasa mudanya, Morano sering disifatkan sebagai "lemah dan sakit", namun usia beliau panjang sehingga mencecah 117.

Pada tahun lepas, Morano mengongsi rahsia di sebalik usianya yang panjang iaitu memakan dua biji telur mentah setiap hari.

Morano mengamalkan diet itu sejak seorang doktor memberitahu beliau bahawa ia amat baik untuk kesihatannya setelah beliau disahkan menghidap anemia pada usia remaja, lapor laman The Telegraph.

Anak sulung daripada lapan adik beradik, Morano hidup paling lama dalam keluarganya.

LAPORAN BERKAITAN: 

Manusia tertua di dunia kongsi petua hidup lama, makan 3 biji telur mentah setiap hari

Wanita tertua dunia sambut ulang tahun ke-117, beliau individu terakhir dari abad 1800

- Agensi berita/nk

Komen Anda?

Top