Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Wanita punyai pengaruh kuat terhadap tabiat pemakanan, gaya hidup keluarga

Jika kaum wanita menjalankan gaya hidup sihat, anggota keluarga yang lain juga terangsang untuk ikut sama. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Nov 2017 07:22PM Dikemas Kini : 12 Nov 2017 10:30PM

SINGAPURA: Sedang Singapura terus berjuang memerangi penyakit kencing manis, kaum wanita mendapat perhatian di Hari Kencing Manis Sedunia Singapura tahun ini,
yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Suntec City.

Dari senaman yoga kepada tip pemakanan sihat, acara itu bertujuan memperkasa wanita dengan pengetahuan memerangi kencing manis dan mengamalkan kehidupan lebih sihat sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka.

Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Amy Khor berkata wanita memainkan peranan penting dalam menjaga keluarga mereka dan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap tabiat pemakanan dan gaya hidup anggota keluarga mereka.

Jika kaum wanita menjalankan gaya hidup sihat, anggota keluarga yang lain juga terangsang untuk ikut sama.

Dr Khor juga memberi perhatian kepada masalah kencing manis di kalangan wanita hamil yang menjejas hampir satu di antara lima wanita di sini.

Beliau juga menggesa mereka yang mempunyai sejarah kencing manis semasa hamil supaya menjalani pemeriksaan dengan kerap.

Sumber : CNA/NF/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan