Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Wanita ini berjaya hafal katalog Ikea 2018 yang setebal 328 mukasurat dalam masa 1 minggu!

Wintersoul menambah bahawa beliau menggunakan teknik ingatan “kreatif” ini dan tidak mempunyai ingatan fotografik.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ini berjaya hafal katalog Ikea 2018 yang setebal 328 mukasurat dalam masa 1 minggu!

Yanjaa Wintersoul juara Kejohanan Memori Sedunia sebanyak dua kali diuji pihak IKEA. (Gambar: YouTube/ IKEA Malaysia)

Diterbitkan : 12 Sep 2017 11:24PM Dikemas Kini : 12 Sep 2017 11:30PM

MALAYSIA: Jika lazimnya katalog Ikea yang dikirimkan ke rumah anda kerap dilihat sambil lalu, bagi wanita ini pula beliau dapat menghafalnya dalam masa seminggu.

Lebih tepat lagi, Yanjaa Wintersoul yang berasal dari Sweden dan berusia 23 tahun, menghafal semua 328 mukasurat dan 4,818 barangan Ikea dalam katalog 2018 – dalam masa seminggu saja!

Ikea mendapatkan Wintersoul, yang meruapakan juara Kejohanan Memori Sedunia sebanyak dua kali, dalam kempen pemasaran melalui satu kiriman emel.

“Ikea mengirimkan kepada katalog itu dan menyatakan selamat maju jaya, mari kita lihat jika anda dapat melakukannya dalam masa seminggu!” kata Wintersoul kepada Mashable.

Kemudian, bukan saja Wintersoul dapat lulus dengan cemerlang ujian Mashable tetapi juga dapat memberi cadangan kepada barang-barang yang sepatutnya dibeli.

Wintersoul pada pertama kali mengajar dirinya teknik-teknik ingatan semasa beliau di dalam universiti di bandar Stockholm.

“Saya cuba menamatkan ijazah sarjana perniagaan dalam masa kurang separuh daripada yang biasa. Saya secara tidak sengaja terjumpa buku yang mengajar teknik ingatan…dan ia menjelaskan bagaimana ia mudah dan saya rasa saya mungkin boleh membuatnya,” kata beliau kepada Mashable.

Sejak itu, “semua berlaku dengan pantas” dan Wintersoul menyertai Kejohanan Memori Sedunia yang mana beliau memenangi pingat emas – sebanyak dua kali.

Awal tahun ini, beliau juga menyertai rancangan Sweden’s Got Talent di mana beliau menunjukkan bakat hebatnya.

TIDAK ADA MEMORI FOTOGRAFIK

“Saya mempelajari teknik diberi nama istana ingatan. Jika ada senarai barangan yang anda ingin mempelajari dalam cara tertenu, anda harus meletakkannya melalui satu perjalanan dalam minda anda.

“Jika anda harus ingat tiga negara, katakan China, Amerika Syarikat dan Brazil, kemudian mungkin mengadakan perjalanan di mana anda sedang memakan makanan Cina dan terdapat burger di rumah anda dan anda melihat sebiji bola. Jika cerita itu lebih mudah untuk anda mengaitkannya, kemudian lebih mudah untuk anda menghafalnya,” kata Wintersoul.

Wintersoul menambah bahawa beliau menggunakan teknik ingatan “kreatif” ini dan tidak mempunyai ingatan fotografik.

“Ramai orang tanya saya jika benar ada ingatan fotografik? Saya kata tidak - ramai orang mendakwa mempunyai ingatan fotografik dan saya kata jika anda ada, bersainglah dengan saya … mereka selalunya kalah,” seloroh Wintersoul.

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan