Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Wanita guna peralatan pejabat untuk 'masak' lempeng, 'panggang' daging

Seorang wanita menarik perhatian warga siber dengan 'memasak' menggunakan peralatan yang biasanya dijumpai di pejabat.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita guna peralatan pejabat untuk 'masak' lempeng, 'panggang' daging

Cik Yeah 'memasak' piza menggunakan peralatan pejabat. (Gambar: Ms Yeah Official Channel/YouTube)

Diterbitkan : 01 Oct 2017 04:21PM Dikemas Kini : 01 Oct 2017 04:28PM

HONG KONG: Seorang wanita menarik perhatian warga siber dengan 'memasak' menggunakan peralatan yang biasanya dijumpai di pejabat.

Beliau menggunakan peralatan pejabat untuk membuat lempeng atau 'pancake', 'hot pot' dan juga ikan panggang!

Wanita berusia 23 tahun yang dikenali dengan nama Cik Yeah mula memuat naik video-video beliau 'memasak' ke laman Weibo pada bulan Januari.

Jumlah peminat beliau dari luar negara kemudian semakin bertambah setelah beliau memuat naik video-video itu ke laman YouTube. Penggunaan YouTube disekat di China.

"Saya rasa saya menghabiskan seluruh masa senggang saya menonton video beliau (Cik Yeah)," seorang peminat dari Indonesia, Kenny Dilian,memberitahu Reuters Television semasa Pesta YouTube di Hong Kong.

Salah satu rakaman video itu menunjukkan Cik Yeah menggunakan seterika untuk memanggang hirisan daging di atas meja kerjanya.

Satu lagi video pula menunjukkan beliau memasak sup atau 'hot pot' dalam bekas air.

Menurut Encik Dilian, video kegemaran beliau adalah sewaktu Cik Yeah melepaskan bahagian-bahagian unit pemproses komputer dan menggunakan salah satu bahagian besinya untuk memasak lempeng Cina.

"Beliau selalu melakukan sesuatu yang baru. Kadangkala ia membuat saya tertawa terbahak-bahak," kata Encik Dilian lagi.

Encik Dilian adalah antara sekumpulan peminat yang sanggup beratur untuk berjumpa dengan Cik Yeah di Pesta YouTube tersebut, di mana Cik Yeah membuat pertunjukan secara langsung.

Sumber : Reuters/NK/
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan