Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Waktu makan tengah hari pekerja Jepun diisi dengan senaman!

Mereka sebenarnya sedang menyertai satu latihan senaman kalistenik yang dilaksanakan Adoc International. 

Anggaran Waktu Membaca:
Waktu makan tengah hari pekerja Jepun diisi dengan senaman!

Para pekerja di sebuah syarikat Jepun. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Jun 2017 11:04PM Dikemas Kini : 16 Jun 2017 11:07PM

TOKYO: Tepat pada 1.00 tengah hari, sekumpulan pekerja IT Tokyo akan berhenti bekerja dan melakukan beberapa senaman dengan panduan rakaman yang dimainkan.

Mereka sebenarnya sedang menyertai satu latihan senaman kalistenik yang dilaksanakan Adoc International. Sementara itu, di syarikat peralatan elektrik Fujikura, kakitangan syarikat itu pula sibuk bersenam di palang besi berwarna.

Beberapa syarikat Jepun kini menggalak masa bersenam dengan harapan membuat para kakitangan cerdas - dan produktif - lebih lama. Ini sedang negara itu berdepan dengan bekalan buruh semakin berkurangan dan antara jumlah penduduk yang menua paling pantas di dunia.

"Jumlah penduduk Jepun menua semakin cepat dan terdapat semakin kurang kanak-kanak - ini adalah satu risiko besar bagi syarikat-syarikat," kata Encik Kenichiro Asano yang bekerja dalam kumpulan strategi jagaan kesihatan Fujikura.

Dengan hampir tiada imigresen rasmi, syarikat-syarikat perlu membuat para kakitangan sihat dan berharap mereka akan terus bekerja meskipun sudah melepasi usia persaraan.

"Menjaga kesihatan pekerja adalah satu strategi penting korporat," kata Encik Asano, sambil menambah: "Kesihatan yang baik bermakna masyarakat dan syarikat yang baik."

Pemerintah Jepun mahu rakyatnya kekal sihat sedang jumlah pesara yang semakin meningkat dan berdepan dengan masalah perubatan memberi tekanan kepada dana awam.

Sumber : AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan