Images
  • Underwater

Tonton persembahan muzik dalam air berbeza & menyeramkan

RUSIA: Pernahkah anda membayangkan menonton satu persembahan muzik yang dimainkan di dalam air?

Itulah yang dilakukan sekumpulan pemuzik Denmark dalam satu persembahan di Rusia.

Kumpulan lima pemuzik ini memainkan alat-alat muzik mereka di dalam tangki air.

Mereka mengambil masa bertahun-tahun untuk melakukan kajian dan juga menghasilkan alat muzik sendiri yang boleh dimainkan di dalam air.

Orang ramai yang menyaksikan persembahan ini amat puas hati.

Menurut mereka bunyinya amat berbeza, bahkan juga agak menyeramkan.  

- Agensi berita/nk

Komen Anda?

Top