Images
  • Nepali mountain climer
    Min Bahadur Sherchan, 85 tahun, yang hasratnya untuk jadi pendaki tertua di dunia tidak kesampaian. (REUTERS/Navesh Chitrakar/File Photo)

Tidak kesampaian jadi pendaki tertua dunia tawan puncak Everest pada usia 85 tahun

KATHMANDU: Seorang lelaki Nepal berusia 85 tahun yang berhasrat untuk menjadi pendaki tertua di dunia yang mendaki Gunung Everest meninggal dunia di kem pangkalan semalam (6 Mei).

Beliau merupakan pendaki kedua yang meninggal dunia dalam tempoh seminggu semasa membuat persiapan untuk mendaki gunung paling tinggi di dunia itu.

Min Bahadur Sherchan sedang dalam perjalanan mendaki ke puncak Everest yang setinggi 8,850 meter, untuk memecahkan rekod pendaki paling tua di dunia. Rekod tersebut kini dipegang oleh Yuichiro Miura, 80 tahun, dari Jepun pada tahun 2013.

"Sherchan meninggal dunia disebabkan serangan jantung, kata Ketua Persatuan Kegiatan Mendaki Gunung, Ang Yshering Sherpa.

Pegawai Jabatan Pelancongan Dnesh Bhattarai mengesahkan kematian itu namun tidak dapat memberikan maklumat lanjut dan menyatakan sambungan komunikasi yang kurang baik di kem pangkalan.

Nepal tidak membenarkan pendaki yang berusia di bawah 16 tahun untuk menawan Gunung Everest namun tidak meletakkan had usia bagi pendaki lebih tua.

Awal minggu ini, pendaki terkenal yang berasal dari Switzerland, Ueli Steck, meninggal dunia setelah terjatuh di daerah Everest.

Nepal meluluskan 371 pendaki untuk mendaki Gunung Everest bagi musim ini yang akan berakhir pada bulan ini.

LAPORAN BERKAITAN:
Pendaki tertua M'sia kini di kem induk Everest; ketinggian 5,364m dari paras laut

- Reuters/nk

Komen Anda?

Top
>