Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Terapi rambut rangsang industri pelancongan Istanbul

Dengan lebih 300 klinik yang pakar dalam pemindahan rambut sahaja, Istanbul semakin menjadi hab industri itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Terapi rambut rangsang industri pelancongan Istanbul

Para pesakit yang menjalani pembedahan pemindahan rambut di Turki. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 May 2017 09:53PM Dikemas Kini : 10 May 2017 11:57PM

ISTANBUL: Dalam senarai kegiatan beliau ke Istanbul, pelancong Palestin Jameel mahu melawat Masjid Biru dan juga melawat Bosphorus, sama saja seperti para pelancong lain.

Namun beliau mempunyai satu lagi hajat istimewa iaitu menerima 1,500 helai rambut diimplan!

Kaedah tanam rambut itu semakin menjadi popular di bandar Turki itu.

Dengan lebih 300 klinik yang pakar dalam pemindahan rambut sahaja, Istanbul semakin menjadi hab industri itu.

Ia menarik para pesakit dari merata dunia tetapi kebanyakannya datang dari Timur Tengah dan rantau Teluk.

Para pakar bedah berpengalaman, teknologi moden dan harga berpatutan menjadi antara sebab para pelancong ke Istanbul.

Dan pertumbuhannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini menjadi satu perangsang bagi ibu kota Turki ini di mana kedatangan pelancongan asing jatuh mendadak sejak beberapa serangan pengganas pada 2016.

SIMBOL ISTANBUL

Golongan lelaki dengan kepala dicukur dan dibalut selepas pembedahan boleh dilihat bersiar-siar di hab pelancongan Istanbul seperti Dataran Taksim.

Mereka juga boleh dikenal pasti melalui cekak rambut berjenama klinik-klinik rawatan - sehinggakan menjadi bahan gurauan penduduk Istanbul bahawa lelaki yang kepalanya dibalut mungkin menjadi simbol terbaru bandar itu.

Pakej yang ditawarkan kepada para pesakit asing termasuk mereka akan dijemput dari lapangan terbang, penginapan di hotel, kos pembedahan dan melancong.

Dengan harga 1,200 euro (S$1,843) sahaja, seorang pesakit boleh berada di Istanbul selama tiga hari dan mendapat rawatan perubatan bermutu.

Pembedahan serupa boleh menelan belanja sehingga 6,000 euro (S$9,200) di Eropah, atau kurang sedikit di Timur Tengah.

Pembedahan dijalankan dengan kaedah folikel rambut dikeluarkan satu persatu secara terus dari kulit kepala atau FUE.

Lubang-lubang kecil itu kemudian ditutup dengan mudah oleh rambut yang diambil, selalunya dari belakang kepala.

Prosedur itu memakan masa sekitar lapan hingga 10 jam, sementara rambut yang ditanam mengambil masa berminggu atau berbulan untuk berakar dan tumbuh semula. 

Sumber : AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan