Images
  • pipeline
    Kugiran Pipeline daripada Tentera Laut Amerika Syarikat membuat persembahan di Universiti Malaysia Sarawak. (Gambar: Video Hannis Adan)

Tentera Amerika dendangkan lagu Assalamualaikum Ustazah?

MALAYSIA: Menyanyi lagu bahasa lain bukanlah satu perkara yang luar biasa. Namun, jika sebuah kugiran daripada Tentera Laut Amerika Syarikat menyanyikan lagu bahasa Melayu, pasti ia mendapat perhatian ramai.

Apatah lagi, kugiran yang dikenali sebagai Pipeline daripada Armada Pasifik Amerika, memilih untuk menyanyikan lagu yang berjudul Assalamualaikum Ustazah, lagu asal kugiran Khalifah.

Yang pasti, nampaknya ini satu usaha Amerika untuk memikat orang-orang rantau ini secara lembut.


Video mereka menyanyikan lagu itu setakat ini ditonton sebanyak 140,000 kali dan dikongsikan lebih 4,000 kali.

Bukan saja video itu menjadi viral di laman-laman sosial, menurut laporan Astro Awani, Pipeline juga sempat membuat persembahan di stesen radio Cats FM Sarawak dan juga mengadakan persembahan di Experimental Theatre(Et) Faca, Universiti Malaysia Sarawak.

Kugiran Pipeline dianggotai penyanyi utama Brent Mitchell, Ray Lappoon, Trans Stanley, Mike DeLorean dan Paul Tomson.

Tambah laporan Astro Awani, kugiran Pipeline berada di Malaysia sempena Latihan Kerjasama Pasifik 2017 yang dianjurkan Kementerian Pertahanan Malaysia.

Menarik lagi, kugiran asal Khalifah sempat membuat ucapan khas sebagai tanda terima kasih kepada Pipeline atas mendendangkan lagu mereka.

Hello U.S. Pacific Fleet Band ... We have seen you played our song..thus we made this special video deeply from our...

Posted by Khalifah on Saturday, 15 April 2017

Selain lagu Assalamualaikum Ustazah, Pipeline juga mampu membuat persembahan bagi lagu-lagu nyanyian Bruno Mars. 

- Agensi berita/ru

Komen Anda?

Top
>