Images
  • jena
    Petikan skrin. (Gambar: Shangri-La Hotels and Resorts / Youtube)

Temui Jena & Jeno, kakitangan robot Hotel Jen di S'pura

SINGAPURA: Sekiranya anda belum ada rancangan bagi musim cuti sekolah yang bakal menjelang, apa kata anda
menginap di hotel tempatan atau dalam kata lain, adakan 'staycation' khususnya di Hotel Jen Orchardgateway ataupun di Hotel Jen Tanglin Singapore?

Di hotel-hotel milik Shangri-La group itu, anda berpeluang bertemu dengan Jeno dan Jena, dua buah robot yang baru-baru ini diperkenalkan untuk melayan para tetamu.

Jeno dan Jen, siap dengan baju tuksedo mereka, akan menjemput anda di ruang legar hotel. Kedua-dua robot itu yang tingginya kurang daripada satu meter akan melayan anda sepanjang penginapan anda.


Tugas utama robot-robot itu adalah untuk menghantar pesanan para tetamu ke bilik mereka dengan selamat. Ini termasuk tuala, bantal ataupun makanan-makanan ringan, selagi ia kurang daripada 4.5 kilogram.

Kedua-dua robot itu dilengkapi dengan sensor-sensor atau alat deria yang membolehkannya mengelak daripada apa jua halangan.

Lebih menarik lagi, robot-robot berjenama Relay yang direka oleh syarikat Savioke itu memanfaatkan Wifi untuk menaiki lif dan membuat panggilan telefon. Kakitangan hotel hanya perlu menekan nombor bilik hotel tetamu yang meminta pesanan dan Jeno akan Jena akan terus menjalankan tugas.

Anda juga tidak perlu bimbang sama ada robot-robot itu akan menjejas keselamatan para tetamu kerana ia bergerak pada kelajuan 2.5 kilometer sejam iaitu hanya separuh daripada kelajuan manusia biasa. Namun, Jeno dan Jena dijamin boleh menghantar pesanan anda dalam tempoh sepantas 15 minit sahaja.

Syarikat Savioke mula melancarkan robot-robot Relay sejak 2014. Beberapa hotel di merata dunia sudah menggunakan khidmat teman-teman Jena dan Jeno. Kini, anda di Singapura pula boleh cuba khidmatnya.  

- Agensi berita/SM/sm

Komen Anda?

Top