Images
  • japan art
    Antara satu pameran teamLab. (Gambar: teamLab)

'Taman digital' Jepun daya tarikan di Beijing

JEPUN: Seni Jepun kolektif oleh teamLab melancarkan pameran pertamanya di China hujung minggu ini, sekali gus membawa pemasangan seni interaktif berwarna-warni ke Beijing.

Para pengunjung boleh meneroka 'taman digital' yang dipenuhi bunga-bunga terapung dan haiwan-haiwan liar.

Mereka juga boleh menikmati 'alam semesta kristal' oleh arca cahaya interaktif di mana mereka boleh menggunakan telefon bijak untuk mengawal cahaya di sekeliling mereka.

Terdapat juga taman permainan digital di mana kanak-kanak boleh melihat lukisan mereka berubah menjadi animasi 3D.  

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top