Taman di Amerika "dihujani marshmallow"
Kanak-kanak berebut-rebut untuk mendapatkan ribuan marshmallow yang dijatuhkan daripada helikopter.
AMERIKA SYARIKAT: Sebuah taman di Detroit, Amerika, "dihujani marshmallow."
Acara 'Marshmallow Drop' yang ke-33 berlangsung di Taman Elizabeth di Trenton, Michigan dan dihoskan oleh para pegawai Wayne County.
Kanak-kanak berebut-rebut untuk mendapatkan ribuan marshmallow yang dijatuhkan daripada helikopter.
Pegawai County Beverly Watts menekankan bahawa walaupun marshmallow tersebut nampak menarik untuk dimakan, ia tidak seharusnya dimakan kerana telahpun jatuh ke bawah.
Sebaliknya, kanak-kanak boleh menukar marshmallow yang dikutip dengan pelbagai hadiah lain di sebuah stesen berdekatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.