Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Taman Admiralty dibuka dengan jumlah papan gelongsor yang terbesar berbanding taman lain di S'pura

Taman terbesar di kawasan utara Singapura dibuka secara rasmi pada Sabtu (28 Okt) dengan jumlah papan gelongsor yang terbanyak berbanding taman-taman lain di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Oct 2017 04:19PM Dikemas Kini : 29 Oct 2017 12:28AM

SINGAPURA: Taman terbesar di kawasan utara Singapura dibuka secara rasmi pada Sabtu (28 Okt) dengan jumlah papan gelongsor yang terbanyak berbanding taman-taman lain di Singapura.

Taman Admiralty yang baru dinaik taraf ini menampilkan 26 papan gelongsor, termasuk yang pertama di negara ini khusus untuk keluarga.

Ia juga memperkenalkan tiga kawasan bermain yang disediakan untuk kanak-kanak pelbagai usia, menurut Lembaga Taman Negara (NParks).

Taman seluas 27 hektar itu merangkumi kawasan alam semula jadi yang akan dibuka pada bulan Disember ini dan sebuah kawasan bandar. Kawasan alam semula jadi itu mempunyai sebuah pelantar laluan dan platform pencerapan yang membolehkan para pengunjung untuk menikmati pemandangan alam semula jadi dengan lebih dekat lagi.

Semasa berucap di majlis perasmiannya, Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata bahawa NParks mendapatkan idea-idea daripada masyarakat mengenai cara-cara untuk mempertingkatkan lagi Taman Admiralty.

"Saranan-saranan itu disatukan dengan teliti bersama maklum balas yang diterima dalam pelaksanaan Taman Admiralty yang dinaik taraf ini."

Beliau menambah: "Sebagai contoh, NParks memanfaatkan persekitaran yang berbukit untuk mewujudkan pelbagai pengalaman bagi semua pengguna taman itu.

"Malah, Taman Admiralty kini mempunyai jumlah papan gelongsor yang terbanyak dalam sesebuah taman - terdapat 26 di Taman Admiralty. Ia termasuk satu papan gelongsor sepanjang 32 meter dengan lampu-lampu interaktif dan papan gelongsor luar yang paling lebar di Singapura."

Taman itu juga menyediakan taman permainan yang inklusif, dengan struktur fizikal yang "menyokong kanak-kanak yang berkeperluan khas dan tidak memerlukannya," menurut NParks.

Pertama kali diumumkan pada 2015, taman permainan inklusif ini sudah dibina di Taman Bishan-Ang Mo Kio, Taman East Coast, Taman Pasir Ris dan Taman West Coast. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan