Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Suspek rogol loloskan diri, minta makanan kononnya untuk buka puasa

Seorang lelaki yang ditangkap polis kerana disyaki merogol, meloloskan diri setelah meminta dibelikan makanan, kononnya untuk berbuka puasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek rogol loloskan diri, minta makanan kononnya untuk buka puasa

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 05 Mar 2017 02:46AM Dikemas Kini : 05 Mar 2017 02:58AM

BELURAN, SABAH: Seorang lelaki yang ditangkap polis kerana disyaki merogol, meloloskan diri setelah meminta dibelikan makanan, kononnya untuk berbuka puasa.

Dia, dengan keadaan tangannya digari, dipercayai melarikan diri dari kereta polis ke sebuah ladang kelapa sawit, Ladang Meliau di Sabah, dan bersembunyi di sana, lapor Harian Metro.

Namun ternyata, setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke bumi juga.

Selepas empat hari diburu polis, suspek berusia 29 tahun itu berjaya ditangkap semula pada malam Selasa lalu (28 Feb).

Dia diberkas semula dengan keadaan tangannya masih digari di hadapan sebuah rumah, setelah melarikan diri daripada kenderaan polis pada Sabtu lalu (25 Feb), menurut Harian Metro.

Suspek disyaki merogol seorang remaja berusia 17 tahun serta menyamunnya dan teman lelaki mangsa di sebuah kampung di Sabah.

Dia dibawa ke ibu pejabat polis Beluran untuk disiasat kerana melarikan diri dari tahanan.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan