Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Sukar tidur malam? Coklat, madu antara yang boleh bantu anda

Tidur yang mencukupi penting bagi memastikan tubuh yang sihat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sukar tidur malam? Coklat, madu antara yang boleh bantu anda

Gambar hiasan (Gambar: PHILIPPE HUGUEN / AFP)

Diterbitkan : 30 Oct 2017 11:25PM Dikemas Kini : 30 Oct 2017 11:28PM

BERITAMediacorp: Tidur yang mencukupi penting bagi memastikan tubuh yang sihat. Sayangnya, insomnia atau masalah sukar tidur sering menyerang sebahagian orang sehingga tidak mudah memejamkan mata setiap malam.

Sekalipun begitu, gangguan insomnia boleh ditangani jika anda rajin cuba makanan berikut:

BADAM

Kacang badam kaya dengan khasiat seperti tritofan dan magnesium yang diperlukan tubuh supaya mutu tidur anda lebih baik.

Selain itu, khasiat tersebut akan membuat saraf dan otot menjadi lebih tenang sehingga tidur lebih nyenyak.

BAYAM

Sayuran hijau ini mengandungi folay, magnesium dan vitamin seperti B6 dan C yang boleh membuat anda tidur dengan nyenyak.

PISANG

Pisang kaya dengan potasium, magnesium dan triptofan yang berperanan penting mengatur hormon tidur seperti serotonin dan melatonin.

Ini tentu sekali dapat membantu anda tidur dengan tenang dan nyenyak.

MADU

Madu boleh menenangkan tubuh dengan merangsang pelepasan melatonin dan membatasi pelepasan hormon oreksin. Apabila tubuh anda berada selesa, maka anda akan mudah terlelap.

BIJIRIN OAT ATAU 'OATMEAL'

Bijirin oat mengandungi karbohidrat kompleks yang diperlukan tubuh untuk merangsang penghasilan serotonin dan melatonin yang boleh membantu anda tidur.

UBI

Bukan setakat tinggi karbohidrat kompleks, ubi juga kaya dengan potasium yang boleh membuat otot lebih tenang dan tidur anda lebih nyenyak.

SUSU

Minum segelas susu hangat adalah satu cara yang baik untuk membuat tidur lebih nyenyak.

Ini kerana susu kaya dengan kalsium yang membantu otak merangsang penghasilan hormon melatonin.

COKLAT

Pengambilan coklat bermanfaat untuk membuat tubuh dan fikiran anda lebih tenteram.

Coklat tinggi kandungan khasiat sihat yang berfungsi untuk merangsang hormon serotonin dalam tubuh.

Untuk lebih sihat, pilihlah coklat pahit yang lebih rendah kandungan gulanya. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan