Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Suami isteri Sindrom Down harungi kritikan, sudah 22 tahun bina mahligai bahagia

Pasangan suami isteri ini (gambar di atas) sudah 22 tahun mendirikan mahligai bahagia, meskipun dilemparkan pelbagai kritikan sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Suami isteri Sindrom Down harungi kritikan, sudah 22 tahun bina mahligai bahagia

Pasangan suami isteri yang mengalami Sindrom Down, Maryanne dan Tommy Piling. (Gambar: Facebook/Maryanne and Tommy)

Diterbitkan : 13 Mar 2017 12:55AM Dikemas Kini : 13 Mar 2017 01:23AM

BRITAIN: Pasangan suami isteri ini (gambar di atas) sudah 22 tahun mendirikan mahligai bahagia, meskipun dilemparkan pelbagai kritikan sebelum ini.

Ramai yang awalnya tidak setuju dengan perkahwinan Maryanne dan Tommy Piling, kerana mereka ini pasangan istimewa – kedua-dua mereka mengalami Sindrom Down.

Pada tahun 1995, apabila Maryanne dan Tommy Pilling berkahwin, ramai orang mengecam hubungan mereka dan menuding jari terhadap keluarga mereka kerana membenarkan mereka menjalin hubungan, lapor Huffington Post.

“Orang ramai berkata ini tidak sepatutnya berlaku. Apa yang ibu saya fikirkan, hingga benarkan mereka berpacaran dan berkahwin. Mereka kata ia tidak akan berkekalan,” kata adik perempuan Cik Maryanne, Lindi Newman, yang sudah lama menyokong hubungan pasangan itu.

BERKENALAN DI PUSAT LATIHAN UNTUK KURANG UPAYA PEMBELAJARAN

Pasangan tersebut mula berkenalan pada 1990 di sebuah pusat latihan di Britain untuk golongan dengan kurang keupayaan pembelajaran.

Cik Lindi memberitahu Daily Mail, pada hari Cik Maryanne bertemu dengan Encik Tommy, beliau pulang ke rumah dengan senyuman berseri-seri.

“Beliau tidak berhenti bercakap tentangnya dan bertanya sama ada Tommy boleh datang ke rumah kami untuk makan malam,” katanya.

Selepas 18 bulan mereka berkenalan dan berpacaran, Encik Tommy melamar Cik Maryanne.

Encik Tommy, kini 59 tahun dan Cik Maryanne, kini 45 tahun, berkahwin di Gereja St Mary di Essex.

"HARI PERKAHWINAN SAYA IALAH HARI TERBAIK DALAM KEHIDUPAN SAYA"

“Hari perkahwinan saya ialah hari terbaik dalam kehidupan saya. Saya terkejut apabila Tommy melamar saya, tetapi saya tidak teragak-agak berkata ‘ya’,” kata Cik Maryanne kepada Daily Mail.

Pasangan itu akani meraikan ulang tahun ke-22 perkahwinan merek pada Julai, malah adik Cik Maryanne, Cik Lindi, juga sudah menubuhkan halaman Facebook khas untuk mereka.

Halaman ‘Maryanne and Tommy’ itu sudah mempunyai lebih 17,000 pengikut sejauh ini.

Cik Lindi berkata kakaknya dan suaminya itu tinggal bersama keluarganya selama tujuh tahun selepas berkahwin, namun sudah hidup berdikari selama 15 tahun, dengan sokongan dan bantuan keluarganya.

(Gambar-gambar: Facebook/Maryanne dan Tommy)

“Mereka pasangan paling bahagia yang pernah saya kenali, mereka benar-benar cintakan satu sama lain. Mereka selalu tertawa dan berpelukan.

“Mereka bukti bahawa apa sahaja mungkin berlaku dengan cinta,” katanya kepada Huffington Post.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan