Images
  • Teeth generic
    Gambar hiasan. (Gambar: DAMIEN MEYER / AFP)

Soda penaik & coklat pahit antara 19 petua 'mesra kocek' bagi putihkan gigi

BERITAMediacorp: Senyuman menawan dengan barisan gigi yang putih bersih menjadi impian ramai orang.

Bagi sesetengah orang, mereka sering berjumpa doktor gigi bagi menjalani rawatan pemutihan gigi. Namun, kos menjalani rawatan tersebut bukanlah murah. Malah, boleh mencecah ribuan dolar!

Jika anda ingin memutihkan gigi, berikut ada petua-petua semula jadi yang mesra kocek untuk anda cuba:

1) DAUN SALAM

Daun salam bukan untuk dibuat memasak lauk sahaja. Ia sebenarnya kaya dengan kandungan zat yang boleh menjaga kesihatan dan memutihkan gigi dengan berkesan.

Caranya adalah dengan menumbuk halus daun salam, campurkannya dengan air sehingga menjadi pekat seperti ubat gigi dan gosokkan seperti biasa pada gigi anda.

2) KULIT PISANG

Kulit pisang juga dapat digunakan sebagai cara memutihkan gigi yang kuning.

Caranya mudah! Gosokkan kulit pisang yang sudah bersih pada gigi. Itu saja.


(Gambar: merdeka.com/ Huffingtonpost.com)

3) COKLAT PAHIT

Coklat pahit atau 'dark chocolate' mengandungi zat yang akan melapisi dan memutihkan gigi. Anda hanya perlu memakan coklat pahit setiap hari.

4) KULIT LIMAU

Zat pektin yang terdapat pada kulit limau dan minyak pati atau 'essential oil' berguna untuk memutihkan gigi.

Tidak hanya memutihkan gigi, kulit limau juga boleh menjaga kesihatan mulut terutama gigi anda.

Caranya adalah dengan mengeringkan kulit limau di bawah sinar matahari sebelum menumbuknya sehingga halus.

Kemudian, campurkan serbuk kulit limau dengan air sehingga pekat seperti ubat gigi.

5) SIWAK

Siwak memang sudah diketahui dapat menjaga kesihatan mulut. Siwak dapat mencegah bakteria, mengikis plak, mencegah gigi berlubang dan memutihkan gigi.

Cara menggunakan siwak mudah saja.

a) Tumbuk batang siwak yang bersih sehingga menjadi serbuk halus lalu digosokkan pada gigi atau

b) campurkan serbuk siwak ke dalam air sehingga menjadi pekat seperti ubat gigi dan gosokannya pada gigi atau

c) gosokkan batang siwak langsung pada gigi seperti berus gigi biasa.

Sebagai bonus, menggunakan siwak juga salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW.

6) DAUN SIRIH

Daun sirih merupakan petua tradisional sejak zaman nenek moyang lagi. Ia terbukti berkesan sebagai salah satu cara memutihkan gigi.

Sebahagian daripada anda mungkin pernah melihat nenek anda sendiri mengunyah daun sirih bukan?

Ia berguna sebagai penguat gigi, menghentikan pendarahan pada gusi, menghilangkan bau mulut dan juga sebagai cara memutihkan gigi.

Anda boleh memilih untuk mengunyah daun sirih atau merebusnya kemudian air rebusan itu digunakan untuk berkumur-kumur.

Selain itu anda boleh menumbuk halus daun sirih dan digosokkan langsung pada gigi.

7) DAUN MAMBU

Daun mambu mengandungi azadirahtin yang berfungsi sebagai anti-bakteria yang berkesan memutihkan gigi.

Apa yang perlu dilakukan adalah mengambil ekstrak minyak daun mambu untuk digunakan sebagai ubat gigi.

8) LEMON

Kandungan asid dalam lemon berfungsi sebagai alkali semula jadi agar kadar pH dalam mulut seimbang.

Selain itu, lemon juga merupakan anti-bakteria yang berkesan untuk mencegah bakteria penyebab gigi kuning.

Perah sebiji buah lemon, masukkan segelas air hangat. Gunakan air tersebut untuk berkumur-kumur sebanyak tiga kali sehari agar bakteria hilang.

Anda juga boleh mencampurkan satu sudu makan air perahan lemon dengan sedikit garam sehingga pekat dan digosokkan pada gigi.


(Gambar: SAUL LOEB / AFP)

9) LIMAU NIPIS

Sama seperti lemon, limau nipis juga berkesan mematikan bakteria dalam mulut sekaligus memutihkan gigi.

Perah dua biji limau nipis, campurkan dengan segelas air hangat untuk dikumur-kumur.

10) STRAWBERI

Strawberi mengandungi Vitamin C dan asid malik yang berfungsi untuk mengikis kotoran pada gigi, selain bermanfaat mencegah ulser, gusi berdarah dan membunuh bakteria dalam mulut.

Gosokkan saja starwberi pada gigi untuk senyuman yang putih menawan.


(Gambar: MOHAMMED ABED / AFP)

11) EPAL

Serat buah epal ketika ia dikunyah dengan sendirinya mampu membersihkan kotoran yang membuatkan gigi kuning.

12) BUAH PINANG

Buah pinang mengandungi astringen dan hemostatik dari zat tanin dan dapat memutihkan gigi.

Caranya adalah dengan membakar biji buah pinang sehingga hangus, tumbuk dan digosokkan pada gigi.

13) SUSU

Semua orang tahu susu mengandungi kalsium tinggi dan dapat mengukuhkan gigi.

Kandungan fosfor dan magnesium pada susu akan membantu memutihkan gigi.

Caranya? memadai dengan hanya meminum susu setiap hari.


(Gambar: PHILIPPE HUGUEN / AFP)

14) HALIA

Ia mengandungi anti-bakteri yang berfungsi menghilangkan sisa kotoran pada gigi.

Caranya adalah dengan memarut halia. Kemudian perah airnya.

Gunakan air tersebut untuk berkumur-kumur atau gosokkan parutan halia itu pada gigi.

15) MINYAK CENGKIH

Selain mengubati gigi yang sakit, minyak cengkih juga berguna untuk memutihkan gigi kuning.

Cukup dengan menggosok minyak cengkih pada gigi.

16) MINYAK KELAPA

Campurkan minyak kelapa dengan soda penaik atau 'baking soda' sehingga pekat lalu gunakannya sebagai ubat gigi.

17) CUKA EPAL

Cuka epal juga berfungsi sebagai cara memutihkan gigi secara alami. Campurkan dua sudu makan cuka epal pada setengah gelas air lalu dengan menggunakan putik kapas atau 'cotton bud' dan gosok pada gigi.

18) ARANG

Kandungan alkali pada arang berfungsi sebagai pengikis kotoran kuning pada gigi.

Memang ia kelihatan kotor, namun dengan jumlah yang sedikit ia tidak akan membahayakan.

Yang diperlukan adalah arang yang ditumbuk halus lalu diayak. Campurkannya dengan satu sudu makan air perahan lemon lalu gunakannya sebagai ubat gigi.

19) SODA PENAIK

Soda penaik atau 'baking soda' merupakan cara memutihkan gigi dengan cepat.

Gosokkan saja soda penaik yang dicampur dengan air perahan lemon pada gigi. 

- Merdeka.com/NK/nk

Komen Anda?

Top