Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Seniman Mesir harap dapat catat rekod dunia dengan Quran sepanjang 700 meter

Seorang seniman Mesir yang belajar sendiri selepas berhenti sekolah mengambil masa tiga tahun untuk menghasilkan apa yang diharap sebagai Al Quran terbesar di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Seniman Mesir harap dapat catat rekod dunia dengan Quran sepanjang 700 meter

Saad Mohammed dengan al Quran dihasilkannya yang sepanjang 700 meter. (Gambar: REUTERS/Mohamed Abd El Ghany)

Diterbitkan : 03 May 2017 11:12PM Dikemas Kini : 03 May 2017 11:14PM

BELQINA, MESIR: Seorang seniman Mesir yang belajar sendiri selepas berhenti sekolah mengambil masa tiga tahun untuk menghasilkan apa yang diharap sebagai Al Quran terbesar di dunia.

Saad Mohammed, yang melukis corak-corak Islamik di tembok dan siling rumahnya di bandar Belqina, utara Kaherah, menghasilkan semula Al Quran terbesar itu pada kertas sepanjang 700 meter.

Beliau mempamerkan Al Quran itu dalam kotak kayu yang dilengkapi roda pada setiap hujung.

"Al Quran itu sepanjang 700 meter, dan pastinya ia menggunakan bilangan kertas yang banyak," kata beliau kepada Reuters Television.

"Saya membiayai sendiri projek ini yang mengambil masa tiga tahun - saya manusia biasa. Tiada aset atau apa-apa."

Mohammed mahu menyertakan Al Quran itu dalam buku Rekod Dunia Guinness.

Guinness menyatakan walaupun terdapat rekod bagi Quran dicetak yang terbesar di dunia, buat masa ini tiada pemegang rekod bagi Quran terbesar versi tulisan tangan.

Mohammed menambah beliau mengharapkan bantuan daripada pemerintah atau pihak-pihak yang berminat untuk membayar kos membuat permohonan kepada Guinness. 

Sumber : Reuters/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan