Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Rumah ini cecah harga AS$410 juta!

Anda sedang mencari rumah idaman? Villa Les Cedres di selatan Perancis sedang mencari pemilik baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Oct 2017 09:52PM Dikemas Kini : 18 Oct 2017 11:15PM

PERANCIS: Anda sedang mencari rumah idaman? Villa Les Cedres di selatan Perancis sedang mencari pemilik baru.

Dibina hampir dua abad lalu, ia pernah dimiliki raja Belgium, Leopold II.

Villa ini seluas 1672 meter persegi, mempunyai 14 bilik tidur dan lengkap dengan perabot hiasan

Kawasan tamannya pula seluas 14 hektar dan deretan pokok di laluan ke ruamh tersebut membuatkan rumah ini lebih gah lagi.

Dalamnya pula, terdapat rak-rak buku yang mengandungi 3,000 buku tentang flora dan fauna, juga portret-portret lama besar dari lantai ke siling dari kurun ke-19.

Sudah pastinya harga rumah bukan rendah.

Harga tawarannya - AS$410 juta! Atau bersamaan dengan S$557 juta bagi mata wang Singapura.

Sekiranya dapat dijual, ia akan menjadi jualan rumah paling mahal di dunia. 

Sumber : Agensi berita/NS/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan