Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Risiko pengganasan: Ini caranya untuk melancong dengan selamat dan tenang

Namun dengan beberapa serangan pengganas yang menyasarkan pelbagai tempat pelancongan dan acara-acara tarikan utama sejak akhir-akhir ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Risiko pengganasan: Ini caranya untuk melancong dengan selamat dan tenang

Pemandangan di luar sebuah pesawat. (Gambar: Eva Darron/Unsplash)

Diterbitkan : 21 Jun 2017 10:21PM Dikemas Kini : 21 Jun 2017 10:23PM

NEW YORK: Dengan hujung minggu yang panjang menjelang Hari Raya ini, mungkin ramai yang akan melakukan perjalanan ke luar negara atau mengambil kesempatan untuk melancong.

Untuk cuti yang lebih panjang lagi seperti cuti akhir tahun, mungkin ada di kalangan anda yang sudahpun mula membuat perancangan.

Namun dengan beberapa serangan pengganas yang menyasarkan pelbagai tempat pelancongan dan acara-acara tarikan utama sejak akhir-akhir ini, ini menimbulkan kegelisahan di kalangan sebilangan pelancong.

"Serangan pengganas adalah satu kebimbangan di merata dunia tetapi ia tidak harus mengekang orang ramai daripada melakukan perjalanan," kata Matt Dumpert, seorang pengarah kanan di Kroll, syarikat pakar runding keselamatan di New York.

Mike Ackerman, seorang pakar dalam keselamatan perjalanan dan pengasas dan pengerusi Fort Lauderdale, Florida, sebuah firma pakar runding keselamatan Ackerman Group, bersetuju dengan perkara itu.

Dengan itu, inilah enam nasihat daripada pakar-pakar jika anda ingin melancong dengan hati yang tenang:

1. PERCAYAKAN MAKLUMAN PERJALANAN

Cara utama yang terbaik bagi para pengunjung untuk mengetahui sama ada destinasi tertentu itu selamat adalah dengan memeriksa laman Kementerian Ehwal Luar negara masing-masing - dan juga negara destinasi - untuk mendapatkan makluman perjalanan.

Periksa makluman itu apabila anda membuat rancangan perjalanan; kemudian periksa sekali lagi sebelum berangkat untuk memastikan status keselamatan destinasi itu tidak berubah.

2. ELAK KE DAYA TARIKAN UTAMA PELANCONG

Encik Ackerman menasihati supaya anda mengelak tarikan popular dengan para pelancong kerana ia sering menjadi sasaran. Ia termasuk muzium besar, bangunan menarik dan pasar luar bangunan.

"Sebarang tempat yang menarik orang ramai merupakan sesuatu yang menjadi tarikan kepada para pengganas untuk bertindak," tambahnya.

3. NILAI APA YANG BERLAKU DAN DAPATKAN KESELAMATAN DENGAN SERTA MERTA

Jika anda mendengar letupan atau menyaksikan serangan, Encik Dumpert menasihati bahawa anda hanya perlukan beberapa saat untuk menilai keadaan itu.

Jika anda sudah mendapat idea tentang apa yang berlaku, dapatkan keselamatan secepat mungkin.

"Anda mungkin akan berdepan dengan masalah lebih besar jika anda tidak membuat tindakan yang cepat," jelas beliau.

4. MINTA BANTUAN

Jangan menyangka bahawa bantuan akan tiba.

"Apa yang kita melihat daripada insiden-insiden sebelum ini adalah tiada bantuan diminta beberapa minit selepas sesuatu serangan berlaku kerana orang ramai menyangka pihak berkuasa sudah dikerahkan," kata Encik Dumpert.

Apabila anda sudah berada di tempat yang selamat, hubungi talian kecemasan tempatan. Di Amerika Syarikat nombornya ialah 911; di kebanyakan negara Eropah ialah 112; di Asia nombor itu mengikut negara masing-masing. Namun pastikan anda tahu nombor itu.

5. JAGA TUBUH, KESIHATAN ANDA

Mungkin nampak seperti sesuatu yang serius tetapi cuba untuk bertenang.

"Jika anda meluangkan masa untuk diri anda ia membantu anda menangani tekanan harian dengan lebih berkesan," kata Risa Neuwirth, seorang pakar psikoterapi New York City yang mahir dalam psikoterapi menyeluruh.

"Tujuannya adalah untuk mengurangkan ketegangan dalam badan anda dan ia akan membantu," katanya.

6. JAUHI DIRI DARIPADA ALAT DIGITAL

Dihujani dengan berita-berita buruk boleh meningkatkan kegelisahan.

Miriam Geiser, seorang pakar runding perjalanan dengan KK Travels Worldwide di Chicago yang merancang percutian untuk para kliennya juga mengambil beberapa langkah seperti menjauhi alat digital.

"Ia sangat mencabar pada pertama kalinya tetapi anda akan berasa lebih baik dan lebih tenang menjelang hujung perjalanan anda," katanya. 

Sumber : Today/Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan