Images
  • root beer float
    Minuman popular restoran makanan segera A&W, Root Beer Float. (Gambar: A&W Restaurants/Facebook)

Restoran A&W bakal dibuka semula di S'pura tahun depan!

SINGAPURA: Rangkaian restoran makanan segera Amerika Syarikat, A&W, akan membuka semula cawangan di Singapura selepas kali terakhir ditutup lebih 10 tahun lalu.

Menurut satu laporan Yahoo hari ini (4 Jul), CEO A&W Kevin Bazner berkata A&W mempunyai sebuah pejabat di Singapura sejak 2016 dan syarikat itu sedang menimbangkan untuk membuka 30 hingga 40 restoran baru dalam masa setahun di merata Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.

Ia sedang mencari ruang runcit untuk cawangan utamanya di Singapura, yang dijadualkan dibuka tahun depan.

Ia juga akan berperanan sebagai cawangan latihan bagi cawangan-cawangan Asia Tenggara lain, tambah laporan Yahoo.

A&W - yang bermaksud "Allen and Wright" pertama kali membuka kedai di Singapura di Dunearn Road pada 1966 dan cawangan A&W yang pertama mempunyai khidmat pandu lalu dibuka pada 1970 di Bukit Timah Road.

Ia menjadi popular di kalangan rakyat Singapura. A&W percaya, kejayaannya kemudian memberi laluan kepada restoran makanan segera lain untuk membuka cawangan di Singapura termasuk McDonald's (1979), Kentucky Fried Chicken (1977) dan Burger King (1982).

Bagaimanapun, menjelang 2003, A&W berdepan dengan persaingan sengit dari restoran-restoran segera lain dan menutup semua cawangannya pada tahun yang sama. 

- CNA/ru

Komen Anda?

Top