Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Putera Mahkota Dubai guna Mercedes mewah bantu tarik keluar trak yang tersendat dalam pasir

Putera Mahkota Dubai dipuji ramai netizen setelah dirakam menggunakan kereta Mercedes miliknya untuk membantu menarik keluar sebuah trak muatan yang terperangkap dalam padang pasir.

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Mahkota Dubai guna Mercedes mewah bantu tarik keluar trak yang tersendat dalam pasir

Putera Mahkota Dubai menarik trak yang tersekat dalam pasir dengan kereta Mercedes. (Gambar: Petikan video Instagram/saeed.hilal)

Diterbitkan : 04 Apr 2017 08:45PM Dikemas Kini : 04 Apr 2017 08:48PM

DUBAI: Putera Mahkota Dubai dipuji ramai netizen setelah dirakam menggunakan kereta Mercedes miliknya untuk membantu menarik keluar sebuah trak muatan yang terperangkap dalam padang pasir.

Langkah murni Putera Mahkota Sheikh Hamdan Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum itu dianggap menunjukkan bahawa meskipun beliau dari keluarga diraja yang kaya-raya, beliau tidak sombong dan rela membantu rakyat jelatanya, tanpa mengira pangkat.

Klip video itu, yang dikongsi di Instagram oleh pengguna Saeed Hilal, menunjukkan sebuah trak yang tersekat dalam pasir sukar bergerak, menurut Russia Today (RT).

اليوم مع @faz3 ��

A post shared by Saeed Hilal (@saeed.hilal) on

Sebuah kereta Mercedes AMG G63, sebuah trak pikap dan sebuah traktor berganding bahu untuk membantu trak 12 tayar tersebut bebas daripada cengkaman pasir.

Pada satu masa, kereta Mercedes itu pula kelihatan tersekat dalam pasir. Mujur kenderaan-kenderaan yang lain bergandung bahu untuk 'menyelamatkan' kereta tersebut.

Menurut RT, nombor plat lesen kereta Mercedes berkenaan adalah 'Dubai 11', iaitu nombor plat yang sama dengan kereta milik Putera Mahkota Dubai.

Putera Mahkota Sheikh Hamdan tidak membuat sebarang catatan tentang insiden itu di media sosialnya, namun gambar-gambarnya di Instagram menunjukkan beliau memakai pakaian yang sama dengan pemandu kereta Mercedes berkenaan.

����

A post shared by Fazza (@faz3) on

Putera Mahkota Sheikh Hamdan berasal dari keluarga diraja Al Maktoum, antara yang terkaya di Amiriah Arab Bersatu (UAE), dan keluarganya memiliki harta kekayaan AS$12 bilion (S$17 bilion), menurut RT.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan