POPLOOK beramal menerusi fesyen, bantu penyelidikan barah payu dara
Bersempena Bulan Kesedaran Barah Payu Dara, POPLOOK pada Selasa (31 Okt) melancarkan koleksi pakaian dan tudung yang eksklusif dan terhad.
KUALA LUMPUR: Bersempena Bulan Kesedaran Barah Payu Dara, POPLOOK pada Selasa (31 Okt) melancarkan koleksi pakaian dan tudung yang eksklusif dan terhad.
Usaha ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu penyelidikan Cancer Research Malaysia.
Pengasas bersama POPLOOK Melinda Looi berkata kempen ‘Poplook Gives Back’ memilih pusat penyelidikan itu sebagai penerima sumbangan bagi menyokong usaha institut mencari penawar barah payu dara.
“Kami akan memperuntukkan sehingga RM80,000 (S$25,760) atau 30 peratus daripada hasil jualan koleksi itu kepada Cancer Research Malaysia untuk membantu membiayai penyelidikan mereka dan kami harap sumbangan ini akan membantu institut menemui penawar penyakit tersebut,” katanya pada ‘POPLOOK Gives Back with Siti Saleha’, semalam.
Koleksi ‘POPLOOK Gives Back with Siti Saleha’ disediakan dalam saiz XS hingga 4XL dengan harga antara RM69 (S$20) dan RM119 (S$40).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.