Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Perut 'buncit' tapi badan tetap sado, boleh jadi satu kenyataan

Sedang ramai lelaki di luar sana berusaha mendapatkan badan sasa ala abang 'sado', ada pula seorang jejaka yang mengidamkan perut buncit.

Anggaran Waktu Membaca:
Perut 'buncit' tapi badan tetap sado, boleh jadi satu kenyataan

The Dadbag yang dicipta oleh Albert Pukies. (Gamnar-gambar: The Dadbag/Facebook)

Diterbitkan : 22 Sep 2017 01:09PM Dikemas Kini : 07 Oct 2017 11:21PM

LONDON: Sedang ramai lelaki di luar sana berusaha mendapatkan badan sasa ala abang 'sado', ada pula seorang jejaka yang mengidamkan perut buncit.

Demi memuaskan keinginan tersebut, Albert Pukies, yang berasal dari London mencipta sebuah beg unik yang bentuknya seperti perut lelaki yang buncit.

Nampaknya, kaum Adam bolehlah kelihatan 'buncit' tanpa perlu bimbang tentang masalah kesihatan.

The Dadbag yang dicipta oleh Albert Pukies. (Gamnar-gambar: The Dadbag/Facebook)

Beg 'pouch' itu diberi nama 'The DadBag' dan ruang dalamnya yang besar membolehkan pengguna menyimpan pelbagai barangan peribadi, lapor laman Metro. Malah tin minuman juga boleh dimuatkan di dalamnya!

"Saya suka penampilan perut buncit tapi risaukan risiko kesihatan," kata Encik Pukies.

"Saya dapat idea untuk merealisasikan keinginan itu melalui beg ini," kata beliau kepada portal Metro UK.

Buat masa ini, The DadBag belum dipasarkan di mana-mana, namun Encik Pukies bersedia melakukannya jika ada yang berminat mahu membantunya mendapatkan modal untuk memasarkan beg tersebut. 

Sumber : Agensi berita/NK/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan